Pages

Saturday 15 December 2012

RAID 5, 6 & RAID Comparison


RAID Level 5

RAID 5 disusun dengan cara yang hampir sama dengan RAID 4. Bezanya ialah RAID 5 mengagihkan “parity-strip” ke seluruh cakera. Satu peruntukan yang biasa di pakai ialah “round-robin” seperti yang ditunjukkan pada gambar di bawah.


Untuk “n-disk array”, “parity strip” berada pada cakera yang berbeza untuk “n stripes” yang pertama dan corak ini kemudiannya berulang.
Pengagihan “parity strip” ke seluruh drives mengelakkan kemungkinan berlaku kesesakan I/O (I/O bottleneck) yang berlaku dalam RAID 4.


RAID Level 6

RAID 6 telah diperkenalkan oleh penyelidik Berkeley [KATZ89]. Dalam RAID 6, dua kiraan parity berbeza dijalankan dan disimpan dalam blok berasingan pada disk yang berbeza. Oleh itu, array RAID 6 yang user data nya memerlukan N disks akan mengandungi N 2 disks.

Gambar di bawah menunjukkan RAID 6. P dan Q adalah dua data check algorithms yang berbeza.
Salah satu daripada dua algorithms ini ialah pengiraan eksklusif-OR yang digunakan dalam RAID 4 dan 5. Tapi yang lagi satu adalah data check algorithm yang bebas yang membolehkan ia untuk menjana semula data walaupun dua disks itu mengandungi user data fail.


Kelebihan RAID 6 adalah ia menberikan “extremely high data availability”. Tiga disks akan gagal dalam MTTR (mean time to repair) interval menyebabkan data akan hilang. Sebaliknya, pada RAID 6 terdapat “substantial write penalty” kerana setiap proses write akan memberi kesan kepada dua parity blocks. Berdasarkan performance benchmarks yang dijalankan, ia menunjukkan RAID 6 controller boleh mengalami lebih 30% penurunan prestasi keseluruhan proses WRITE berbanding RAID 5. Prestasi READ RAID 5 and RAID 6 adalah sama.

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Perbandingan antara RAID

Level
Kelebihan
Kekurangan
0
- Prestasi I/O meningkat baik secara ketara dengan mengagihkan beban I/O kepada banyak saluran & drives
- Tiada parity calculation overhead terlibat
- Reka bentuk yang sangat mudah
- Mudah untuk dilaksanakan
- Kegagalan hanya satu drive akan mengakibatkan semua data di dalam array hilang
1
- 100% redundancy of data bermaksud tidak perlu rebuild sekiranya berlaku kegagalan disk. Hanya perlu copy ke disk gantian.
- Dalam keadaan tertentu,
RAID 1 dapat menampung kegagalan banyak drives serentak.
- Reka bentuk subsistem storan RAID yang paling mudah.
- Kadar overhead yang paling tinggi antara semua jenis RAID
- (100%) tidak cekap
2
- Kadar pindahan data yang sangat tinggi
-  Semakin tinggi kadar pindahan data
diperlukan, semakin baik ratio of
data disks to ECC disks
- Reka bentuk controller yang lebih mudah berbanding RAID 3, 4 & 5
- Tidak cekap

3
- Kadar pindahan data yang sangat tinggi (Read&Write)
- Kegagalan disk tidak memberi kesan ketara terhadap pemprosesan
- Parity rendah bermaksud kecekapan tinggi
- Kadar transaksi sama dengan disk tunggal.
-  Rekabentuk controller agak kompleks.
4
- Kadar transaksi data (read) adalah sangat tinggi
- Parity rendah bermaksud kecekapan tinggi
- Rekabentuk controller yang agak kompleks
- Kadar transaksi data paling teruk
- Tidak cekap dan sukar membina semula data sekiranya disk gagal.
5
- Kadar transaksi data yang tertinggi
- Parity rendah bermaksud kecekapan tinggi
- Kadar pemindahan agregat yang baik
- Rekabentuk controller yang paling kompleks
- Sukar untuk membina semula sekiranya disk gagal
6
- Boleh menampung kegagalan drive yang banyak serentak
- Rekabentuk controller yang kompleks.
- Controller overhead untuk mengira parity adalah tinggi



Muhammad Nasruddin Bin Rosli
B031210017

Muted Professor

No comments:

Post a Comment